Isnin, 2009 Mac 23

Dapatkan Quotation PERCUMA !!!!


Mudah sahaja..

Email ke
extreams2002@yahoo.com dan kalau nak lagi cepat dan pantas SMS ke 012- 919 2763 semua maklumat berikut :

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Kerja Apa
5. Status merokok atau tidak
6. Budget @ Berapa Boleh Menyumbang sebulan.
7. Nombor Telefon (Senang nak hubungi semula)

Daftar SEKARANG anda berpeluang mendapat cendera hati istimewa dari saya.

Khamis, 2008 Disember 04

Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card

Ramai beranggapan kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan secara PERCUMA. Tetapi tidak semua percuma, ada sesetengah pasakit kakitangan kerajaan terpaksa membayar kos hospital di hospital kerajaan. Sebagai contoh, cuba lihat surat rayuan bantuan daripada kakitangan kerajaan di sebelah ini.

Ini membuktikan, ada kalanya walaupun kakitangan kerajaan, tetap memerlukanMedical Card atau Kad Perubatan.

Selain daripada itu, pernahkah anda mendengar kes-kes di mana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimama?...kita sanggup tunggu dan berserah begitu sahaja?...


Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu...jangan kita dah le tak tahu, kita tidak mahu ambil tahu pula...saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tidak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan...langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor..."kita tidak tahu bila tayar kita akan bocor atau pecah".

Jadi, sama le juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tau bila kita sakit, kita perlu ada medical card.



Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru memerlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000.00, tetapi hanya dapat sumbangan derma RM3,708.00.

Kalaulah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa meminta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?... atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?....fikir2kanlah.

Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kita. Pepatah Melayu ada menyebut...."Sudah terhantuk baru nak mengadah..". Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah lee...tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambik medical card....boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu. Untuk makluman, kesemua (100%) company insurance tidak akan terima/reject permohonan jika disahkan sakit walaupun seseorang itu mampu untuk mencarum dengan kadar yang tinggi.

Akhir sekali, anda fikirkanlah. Apa yang saya ceritakan bukan omong2 kosong atau rekaan saya. Semua saya sertakan dengan bukti.

Selasa, 2008 Oktober 21

Plan baru daripada Prudential BSN Takaful (Khas Untuk Wanita)


MANFAAT TAKAFUL PUTERI


Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.


Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus. Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu
[ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]

Pelan Takaful Puteri menawarkan :
* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
* Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


MANFAAT PENJAGAAN WANITA
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita
1.Kanser payudara atau
2.Kanser Uterus Serviks atau
3.Kanser Tiub Falapio atau
4.Kanser Ovari atau
5.Kanser Uterus atau
6.Kanser Vagina/Vulva

atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
1.Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
2.Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
3.Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
4.Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


MANFAAT PENJAGAAN IBU
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar

Komplikasi Kehamilan

1.Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
2.Kehamilan Ektopik atau
3.Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
4.Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
5.Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

1.Sindrom Down atau
2.Kecacatan Vetrikel Septum atau
3.Kecacatan Atrium Septum atau
4.Spina Bifida atau
5.Lelangit Rekah


Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

Rabu, 2008 Ogos 27

Cara-Cara Claim

Mejar Mohamad Rashid bin Md Ali menerima claim untuk 2 orang anaknya setelah mendapatkan rawatan di hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Gambar ini telah diambil setelah claim diserahkan di pintu masuk utama Mindef.
Sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang Insurans / Takaful, ini merupakan perkara yang selalu ditanya oleh prospect atau client. Macam mana nak claim?..Berapa lama boleh dapat claim?..Cepat ke lambat?...senang ke susah?...dan sebagainya yang berkaitan dengan claim.Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.


1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.


2- Claim Reimbursement (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.


3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.


4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.


5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.


6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.


7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


Contoh-Contoh Claim
1. Claim Kematian
2. Claim Batu Karang
3. Claim Kemalangan
4. Claim MC Kemalangan





Selasa, 2008 Julai 15

Renung sejenak...


Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.
Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!
Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.
Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.
Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!
Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00?
Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.
Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?

Menggunakan simpanan sendiri?
Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera!
Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama?

Menjual harta benda?
Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.
Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

Memohon pinjaman?
Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?
Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

Meminta derma?
Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?

Apa lagi yang anda fikirkan?
Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.
Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.

Khamis, 2008 Jun 05

Bukti Pembayaran Tuntutan

Oleh kerana ramai yang mengatakan insurans ni nak masuk je senang, tapi bila nak claim susah bukan main. Ada juga yang kata, insurans ni menipu, bila buat claim tak dapat... So, kat sini saya tunjukkan contoh-contoh claim yang telah dibuat dan dibayar oleh Prudential. Diharapkan tiada lagi keraguan selepas ini...

Kes 1
Tuntutan Penyakit KritikalUmur 35 Tahun, Penyakit Kanser Usus Jumlah Tuntutan : RM40,000

Bukti Pembayaran Tuntutan

Kes 2
Tuntutan Penyakit KritikalUmur 32 Tahun, Penyakit LeukemiaJumlah Tuntutan RM50,000